music...`

embed

Monday, 13 May 2013

TIGA SERANGAKAI DALAM MEMBINA CINTA

Ibnu Qayyim, dalam memetik kata-kata ulama menyebutkan, apabila 
ALLAH menurunkan Adam ke muka bumi, Jibrail diperintahkan oleh 
ALLAH bagi menawarkan tiga perkara iaitu agama,akhlak dan akal.
Demikian Jibrail berkata kepada Adam, "ALLAH menyuruh kamu 
memilih satu antara tiga ini." Lalu Adam berkata, "wahai Jibrail,
saya tidak melihat sesuatu yang lebih baik daripada tiga perkara
ini melainkan syurga."  Kemudian, Adam menghulurkan tangannya 
memilih akal. Jibrail memerintahkan akhlak dan agama naik semula 
ke langit. Sebaliknya kedua-dua berkata, "Kami diperintahkan bagi 
mengiringi akal, walau apa keadaannya." Demikian ketiga-tiganya 
menjadi milik Adam. Ketiga-tiga itu adalah nikmat besar daripada
ALLAH.

      Dalam membentuk asas cinta, tiangnya adalah akal,akhlak, 
dan agama yang berdiri bersama-sama. Cinta mempunyai musuhnya 
yang tersendiri iaitu syaitan, nafsu , dan jiwa yang sering membisikkan suara-suara keburukan yang mencacatkan, mengotori, serta menjatuhkan nilainya.